Wanjo


Seorang lelaki berusia 28 tahun telah ditahan kerana melanggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Jumaat lalu.

Lelaki tersebut ditahan polis di tepi tali air Kampung Lembah Semerak, Pasir Puteh selepas tengah malam selepas menerima aduan dari pihak awam.


Sepasang lembu jantan dan betina disumbatkan ke tempat duduk belakang Perodua Myvi yang dipandunya. Ini membuktikan Perodua berjaya membuat ruang belakang yang luas walaupun Myvi hanyalah sebuah hatchback segmen B.

Menurut laporan Harian Metro, lelaki itu disyakki baru mencuri pasangan lembu itu dan dalam perjalanan untuk dibawa keluar.

Alatan seperti paip PVC, jarum suntikan, ubat pelali dan sebilah pisau turut ditemui bersama suspek.


* Laporan asal dan gambar utama dari Harian Metro & Careta

Powered By QZ Empire Consulting (002777690-V) © 2021. Reconfigured by Labeyla Legacy