wanjo

ORANG ramai yang hendak melakukan pergerakan rentas negeri untuk tujuan yang dibenarkan sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) perlu membuat permohonan melalui aplikasi ‘Gerak Malaysia’ bermula esok (26 April).

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed berkata, mereka yang layak boleh membuat permohonan secara atas talian sebagai susulan kebenaran pergerakan pulang dari kampung selama tiga hari bermula 1 hingga 3 Mei ini.

BACA >>> #ApaNakBuat: Macam Mana Pelajar IPT Nak Balik Kampung? Baca Syarat Ini!

APA YANG PERLU BUAT?

  • Buat permohonan menerusi aplikasi Gerak Malaysia - 26 April (esok)
  • Kemas kini permohonan untuk mengesahkan destinasi perjalanan - 29 April
  • Semak status permohonan secara atas talian - 1 Mei

Mereka yang tiada aplikasi Gerak Malaysia perlu membuat permohonan bertulis untuk mendapatkan kebenaran perjalanan di balai polis berdekatan. Bagaimanapun, keutamaan perjalanan akan diberikan kepada pemohon aplikasi Gerak Malaysia. Pengguna jalan raya juga diminta merancang perjalanan mengikut syarat ditetapkan.

FAKTA PERGERAKAN PULANG RENTAS NEGERI 1-3 MEI

  1. TIADA kemudahan makanan disediakan di kawasan Rehat dan Rawat (R&R), Lebuhraya Utara Selatan (PLUS)
  2. Surau DITUTUP dan sebarang aktiviti solat berjemaah di R&R tidak dibenarkan, termasuk dalam mana-mana bangunan, kawasan lapang, kawasan parkir letak kenderaan dan lain-lain.
  3. Hanya fasiliti TANDAS AWAM sahaja dibuka.
  4. Kawasan parkir untuk REHAT sahajadan pengguna lebuh raya tidak dibenar keluar kenderaan sepanjang tempoh rehat kecuali ke tandas awam.
  5. Stesen minyak hanya beroperasi antara jam 6 PAGI hingga 12 TENGAH MALAMsepanjang lebuh raya.
  6. Aktiviti secara berkumpulan sepanjang tempoh perjalanan adalah DILARANG.

Huzir berkata, kenyataan media mengenai tatacara pendaftaran aplikasi Gerak Malaysia akan dikeluarkan hari ini dan diikuti sidang media pada 29 April nanti mengenai pergerakan mengikut negeri bagi memastikan kelancaran perjalanan.

Rabu lepas, Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob membenarkan orang ramai yang terkandas di kampung untuk pulang ke kediaman dengan syarat mendaftarkan kepulangan menerusi aplikasi Gerak Malaysia atau balai polis berdekatan.

SUMBER: Bernama dan rakan permotoran

Powered By QZ Empire Consulting (002777690-V) © 2021. Reconfigured by Labeyla Legacy