wanjo


21 April 2020 Georgetown-Tindakan maklumat daripada orang awam tangkapan ke atas 1/L/Cina yang diketuai Ketua Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPD Timur Laut DSP Ridzuan bin Ishak bersama Insp Abdul Sah bin Ibbah dan Team PG85 di bawah Seksyen 42 APJ 1987 yang tular di dalam facebook video yang berdurasi selamat 2 minit 20 saat. Rakaman video tersebut menunjukkan motorsikal ditunggang dalam keadaan melulu dan membahayakan dengan memotong dan mencelah di kiri dan kanan kenderaan lain dengan laju di atas Jambatan Pulau Pinang. Kesalahan boleh dihukum penjara selama tempoh tidak melebihi lima tahun dan didenda tidak kurang daripada lima ribu ringgit dan tidak lebih daripada lima belas ribu ringgit kerana memandu secara melulu dan membahayakan.

Powered By QZ Empire Consulting (002777690-V) © 2021. Reconfigured by Labeyla Legacy